Bengkel MIV Bersama Komuniti 2018 di Miri

24 September 2018 | Aktiviti Terkini

Malaysian ICT Volunteer (MIV) adalah platform untuk sukarelawan ICT membantu komuniti di sekeliling mereka menjadi masyarakat yang celik ICT atau Digital Smart Nation. Ia menggalakkan masyarakat yang celik ICT dan digital untuk terlibat secara efektif memenuhi keperluan servis komunikasi dan multimedia.

Pengisian menerusi bengkel ini mendidik para sukarelawan untuk mempelajari beberapa pengetahuan mengenai ICT seperti e-bayaran, fotografi dan videografi, pemasaran media sosial dan sebagainya. Ia amat berguna untuk menyediakan sukarelawan menjalani aktiviti sukarelawan mereka nanti.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali